Ads

Friday, March 20, 2009

Seks Ketika Isteri Mengandung


Ramai orang bimbang dan runsing masaalah seks ketika kehamilan. Kata mereka hubungan seks ketika hamil boleh menggangu janin dan lebih teruk lagi risiko untuk keguguran pasti akan berlaku. Sebenarnya tanggapan ini adalah tidak benar.

Seks ketika kehamilan adalah perkara yang normal. Tiada sebab kenapa seks perlu dihindarkan atau dihentikan langsung semasa proses kehamilan.

Lainlah jika si isteri yang hamil mengalami pendarahan yang serius ataupun pendarahan ringan yang berlaku pada bila-bila masa dalam awal tiga bulan kehamilan, wanita itu perlu segera berjumpa doktor bagi mendapatkan ubat untuk mengukuhkan janin dan mengelak daripada melakukan hubungan seks.

Semasa proses kehamilan, posisi yang sesuai amat penting sekali kerana keadaan si isteri yang hamil amat berbeza sekali. Dengan perut yang semakin membesar, tidak semua posisi dapat dilakukan. Selain itu tidak semestinya seks penetratif sahaja boleh dilakukan, jika isteri tidak selesa, ada cara alternatif lain boleh dilakukan seperti sentuhan ereksi suami antara payu dara isteri atau melalui urutan erotik atau melalui seks oral yang boleh dilakukan isteri. Dengan ini tiada alasan untuk tidak melakukan seks ketika hamil.


Jika anda belum mendapatkan ebook terhangat pada masa kini, anda boleh dapatkannya sekarang dengan klik link dibawah ini:



No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda..

Related Posts with Thumbnails