Ads

Wednesday, June 30, 2010

Kesan Buruk Seks Luar Tabie

Hubungan seks penetratif normal ialah seks zakar-faraj. Seks oral dan seks penetratif melalui lubang dubur atau seks 'anal' ditakrifkan sebagai seks luar tabie. Seks luar tabie jika sabit kesalahan boleh dihukum melalui undang-undang Malaysia. Amalan perlakuan seks 'anal' adalah dilarang sama sekali diMalaysia dan agama Islam sendiri mengharamkan hubungan seksual sebegini.

Untuk makluman semua, dubur ialah tempat takungan najis dan tentu mengandungi kuman dan kulat, selain najis dan angin. Lagipun, pembukaan lubang dubur ketat dan mukosanya mudah melecet kerana kekurangan pelembap semula jadi.

Jadi tanpa menggunakan pelicin atau pelincir, hubungan seks penetratif 'anal' memang menyakitkan. Selain risiko jangkitan kepada faraj jika lepas masuk dubur dimasukkan pula ke dalam faraj tanpa membersihkan zakar, kecederaan dubur boleh mengakibatkan buasir, luka atau 'Fissure En Ano' (kerosakan daya tahanan lubang najis).

Fikir baik-baik jika hendak mencuba. Keseronokan hanya sebelah pihak sahaja dan sebelah lagi alami kesakitan.

Tricajus - Rahsia Lelaki Hebat Ubat Kuat Tenaga Batin

Beri perhatian kepada penjagaan penis


1. Hendaklah dibersihkan setiap hari bagi mengelakkan jangkitan. Gunakan tuala yang bersih untuk mengeringkannya.

2. Elakkan menyiksa diri dengan memakai seluar yang ketat dan tebal.

3. Pakailah seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas kerana ianya membantu penyerapan peluh.

4. Gunakanlah sabun lembut atau sabun berubat sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

5. Sentiasa memeriksa penis dan buah zakar anda sama ada terdapat bonjolan yang menyakitkan, segeralah berjumpa dengan doktor anda.



Tricajus - Rahsia Lelaki Hebat Ubat Kuat Tenaga Batin

Tuesday, June 29, 2010

Orgasme berganda

Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.

Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.

Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.

Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.

Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.

Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya antara 10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.

Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.

Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.

Jika anda mengkategorikan anda seorang lelaki yang dapat tahan lama (lebih dari 20 minit), itu hanyalah sebahagian dari permainan seks. Anda memerlukan sesuatu yang lebih penting dari itu. Anda boleh dapatkan rahsia rahsianya disini.


Monday, June 28, 2010

Cakar mencakar membawa bahagia


Apakah cara pemanasan yang paling mengghairahkan? Apa lagi kalau bukan urutan. Paling bagus anda bergilir-gilir melakukannya. Cubalah urut ke seluruh bahagian tubuh pasangan termasuk bahagian yang paling sensitif. Selain itu jangan lupa oles losyen ataupun minyak aromaterapi.

Cari haruman yang mampu membangkitkan ghairah. Selepas itu pinta suami pula melakukan perkara yang sama buat diri anda. Kalau anda tetap tidak merasa sensasi ghairah seks yang membara, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena!

Apa kata cuba pula teknik cakar harimau yang popular tu.. tapi jaga beb, kalau kuku pasangan panjang jangan cuba cuba suruh dia cakar, koyak kulit nanti.

Ok, ini teknik teknik untuk mencakar.

Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang

Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikkan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Aku cinta padamu'.

Selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails