Ads

Sunday, March 1, 2009

Kahwin Dengan Pembantu Rumah




Ini adalah petua dari orang tua tua dahulu yang mungkin boleh kita kongsikan bersama. Zaman ini boleh dikatakan semua rumah membasuh pakaian menggunakan mesin basuh. Memang mudah menggunakan mesin basuh tapi sebaik baiknya kalau anda mempunyai pembantu rumah, asingkan pakaian dalam anda dan suami, eloklah anda basuh sendiri. Begitu juga ketika melipat, lipat jer sendiri. Kerana ada rahsianya. Satu lagi ialah bilik tidur. Bilik tidur kita adalah kawasan NO ENTRY! Apa saja didalamnya adalah hanya pengetahuan anda berdua sahaja. Terutamanya katil tempat tidur, biarlah isteri yang mengemaskannya. Apa rahsianya?
Ini adalah untuk kebajikan suami juga dan kebaikan anda juga, jangan biarkan pembantu rumah menggosok baju atau seluar suami atau melipat seluar dalamnya. Mengikut petua orang tua barang barang sisuami ini mempunyai 'semangat' dan jika 'semangat' ini selalu dibelai belai oleh orang lain dan bukan isterinya...dah tentu ia akan beralih arah. Lambat laun suami andapun kena lipat dek pembantu rumah tu. Tragiskan..
Mungkin perkara lipat pakaian dalam ni perkara remeh temeh dan tak masuk akal tapi bukankah pakaian dalam merupakan tempat menyorokkan bahagian sulit kita. So biarlah orang yang berkenaan (isteri) jer yang menguruskannya.

Begitu juga dengan bilik tidur kita. Ia ibarat tubuh badan kita sendiri. Bukankah disitu kita bersatu tubuh. Takkan kita nak membiarkan orang lain menyentuh tubuh badan kita sewenang wenangnya. Jadi usahakan sendiri untuk mengemasnya. Kerana 'roh' yang ada disitu adalah antara suami isteri. Peliharalah keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal berpanjangan.
Dapatkan segera 2 ebook dibawah ini untuk menambah kehebatan anda diranjang!


No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda..

Related Posts with Thumbnails