Ads

Thursday, March 12, 2009

Ikat Suami dengan Seks



Isteri mana yang tidak menderita sakit hati apabila suami yang dipercayai bermain kayu tiga, Mungkin ramai isteri yang merasakan lebih baik hidup sendiri daripada makan hati berulam jantung tinggal bersama suami yang bersikap sedemikian. Kehadiran isteri adalah untuk dihargai bukannya dilukai hatinya. Biarpun kelakuan suami terlalu memeritkan tapi janganlah nak terus menerus menyalahkan diri pasangan. Sungguh sukar namun nilailah diri anda pula, mana tahu mungkin puncanya datang dari diri anda sendiri.

Perlu diketahui oleh para isteri, selain daripada sikap pasangan yang sememangnya miang punca lain yang menyebabkan suami berfoya foya dengan wanita lain adalah kerana seks. Ketidakpuasan dengan layanan yang diberi oleh isteri menyebabkan ada suami kecewa dan bertindak mencari kepuasan bersama wanita lain.

Selagi isteri menidakkan kehendak seknya maka selagi itulah sikapnya berterusan, lebih buruk jika ia menjadi tabiat yang sukar dikikis. Selain dari dosa besar, tabiat itu juga bakal mengundang konflik serius dalam rumahtangga. Jadi daripada duduk bersabar menghadapi sikap suami yang sebegini lebih baik anda melayani kehendak suami apabila diperlukan dan jangan sesekali menolak keinginannya.

Disamping itu anda juga haruslah bersikap penuh kasih sayang terhadap dirinya, menyayangi, lebih mengambil berat dan merendah diri, memberikan pemahaman, ramah mesra dan membelai manja sebagaimana seeloknya perkara yang dilakukan oleh seorang isteri. Pasti ini akan mengikat hati suami dan suami sendiri akan berasa bersalah untuk melakukan sesuatu yang melukakan hati isteri.
Dapatkan rahsia dan seni melambatkan pancutan anda. Klik disini
Wanita juga boleh terpancut, dapatkan rahsia ini. Klik disini

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda..

Related Posts with Thumbnails